JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS SUMBANGAN TUAN/PUAN
Kami doakan.. dan pelajar tahfiz kami doakan semoga tuan/puan diberikan kemuliaan di dunia & akhirat, diberikan kesihatan yang baik serta diberi rezeki yang melimpah ruah lagi berkat. Amiin Ya Rabb.



RAYUAN SUMBANGAN DANA BERTERUSAN..
Sehingga kini Akademi Tahfiz Al Islah sedang membangunkan dan mengurus 9 buah tahfiz kebajikan di seluruh negara, iaitu:
- Maahad Tahfiz Hayatul Muslim (Negeri Sembilan)
- Akademi Tahfiz An Naser (Kota Bharu)
- Akademi Tahfiz As Siddiq (Telok Panglima Garang, Banting)
- Baitul Islah Lil Bannat (Desa Pinggiran Putra, Putrajaya)
- Akademi Tahfiz MyQuran Al Falah (Batu Pahat, Johor)
- Projek Tahfiz Al Islah (Gombak Selangor)
- Projek Tahfiz Kompleks IMAM (Teluk Intan, Perak)
- Projek Tahfiz International (Pokok Sena, Kedah)
- Projek Tahfiz Al-Insan (Pahang)
Memandangkan Akademi Tahfiz Al Islah bergerak atas badan amal, tanpa menerima peruntukan dari pihak kerajaan, dana utama kami adalah daripada sumbangan ikhlas para dermawan seperti anda.
Daripada sumbangan tuan/puan inilah pihak tahfiz akan membahagikan dana tersebut kepada 9 cawangan untuk meneruskan pembangunan & pengoperasian tahfiz kebajikan Al Islah.
3 tujuan utama untuk kami memohon sumbangan dana daripada tuan/puan:
1. Supaya kami boleh terus memberikan penginapan & pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar sedia ada
2. Membayar kos utiliti, sewa & kos operasi
3. Menaiktaraf bangunan supaya para pelajar tahfiz belajar dengan lebih selesa
BERAPA YANG KAMI DIPERLUKAN ?
Pihak Tahfiz memerlukan sebanyak RM 200,000 setiap bulan bagi menanggung kos keseluruhan pembinaan & pengurusan operasi 9 cawangan Tahfiz yang perlu dibayar bagi keberlansungan penjagaan & pendidikan.
Pecahan dana adalah seperti berikut :
+ Kos tetap kebajikan, pengurusan dan operasi khusus Tahfiz (RM75,000.00)
+ Kos utiliti, sewa dan keperluan asas harian pelajar (RM25,000.00)
+ Kos meneruskan pembangunan & naiktaraf fasiliti (RM100,000.00)
**Kos di atas adalah anggaran dana yang diperlukan
Kami mencari 2,000 para dermawan yang sudi menginfaqkan RM25 setiap seminggu bagi melancarkan perancangan & operasi tahfiz-tahfiz kebajikan ini.
Nilai RM25 ini mungkin hanya satu hidangan pada tuan/puan, tetapi nilainya amatlah besar pada kami, untuk meneruskan pengurusan tahfiz-tahfiz kebajikan ini. |
Untuk memudahkan tuan/puan menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:
1. PAKEJ INFAQ PLATINUM- RM 300
2. PAKEJ INFAQ GOLD - RM 200
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”. ( Surah Al-Baqarah Ayat 261 ) |
Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini. Amiin Ya Rabb..
Penafian:
1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 016-2600098 (USTAZ SAIFUL)