RAYUAN INFAQ UNTUK DANA MENGURUS OPERASI TAHFIZ-TAHFIZ KEBAJIKAN AL ISLAH

"Bagi mereka, kami bukan hanya tempat bergantung.. tetapi kami juga pengganti 'ayah' untuk mendapat pertolongan ketika musibah melanda.."
Hampir keseluruhan penghuni rumah & tahfiz kebajikan kami adalah anak yatim serta anak asnaf.
Mereka sudah bertahun hidup di jalanan.. ada yang sudah kehilangan ibu atau ayah.
Ada yang tidak pernah merasa pergi ke sekolah. Ada yang kerja harian mereka mencari tin-tin kosong semata-mata untuk mencari duit untuk makan setiap hari.
Kami ambil mereka.. kami berikan mereka tempat tinggal percuma. Kami bagi mereka pendidikan percuma.
Dari tak pandai solat, kami bantu sehingga boleh menjadi imam. Dari yang tidak pandai membaca Quran, kami ajarkan sehingga mampu menghafaz juzuk-juzuk Quran. Alhamdulillah..
Tetapi..kami mempunyai sumber dana yang amat TERHAD..
Akademi Tahfiz Al Islah adalah satu badan amal yang ditubuhkan khas untuk membantu pusat-pusat tahfiz & rumah kebajikan. Akademi Tahfiz Al Islah berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM (No Pendaftaran: TR0232151-A) dan JAWI (Kod JAKIM: WZH011D) .
Antara misi terbesar Akademi Tahfiz Al Islah adalah memastikan golongan anak asnaf diberi perlindungan dan tidak ketinggalan dalam pendidikan seperti anak-anak yang lain.
Kami tidak mahu melihat anak-anak asnaf ini rosak masa depannya hanya kerana mereka tidak bernasib baik seperti anak-anak lain. Mereka ini anak-anak muslim tuan/puan.. kami mengambil tanggungjawab ini untuk membentuk mereka menjadi muslim yang berguna pada agama & negara.
KEPERLUAN MENDESAK KAMI..
COVID-19 MEMBUATKAN SUMBER PENDAPATAN KAMI TERJEJAS TERUK..
Sebelum COVID-19, kami mengadakan pelbagai program berbayar untuk orang ramai. Alhamdulillah, program-program kami mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Selain itu, kami juga melakukan jualan produk di ceramah-ceramah.
Hasil kutipan daripada sumber-sumber ini membolehkan kami membiayai kos pengurusan para pelajar tahfiz kebajikan tanpa perlu bergantung kepada sumbangan orang ramai sepenuhnya.
Malangnya oleh kerana wabak COVID19, banyak program kami terpaksa dibatalkan dan kami kehilangan salah satu sumber kewangan utama kami..
Sehingga kini Akademi Tahfiz Al Islah sedang membangunkan dan mengurus 9 buah tahfiz kebajikan di seluruh negara, iaitu:
- Maahad Tahfiz Hayatul Muslim (Negeri Sembilan)
- Akademi Tahfiz An Naser (Kota Bharu)
- Akademi Tahfiz As Siddiq (Telok Panglima Garang, Banting)
- Baitul Islah Lil Bannat (Desa Pinggiran Putra, Putrajaya)
- Akademi Tahfiz MyQuran Al Falah (Batu Pahat, Johor)
- Projek Tahfiz Al Islah (Gombak Selangor)
- Projek Tahfiz Kompleks IMAM (Teluk Intan, Perak)
- Projek Tahfiz International (Pokok Sena, Kedah)
- Projek Tahfiz Al-Insan (Pahang)
Memandangkan Akademi Tahfiz Al Islah bergerak atas badan amal, tanpa menerima peruntukan dari pihak kerajaan, dana utama kami adalah daripada sumbangan ikhlas para dermawan seperti anda.
Daripada sumbangan tuan/puan inilah pihak tahfiz akan membahagikan dana tersebut kepada 9 cawangan untuk meneruskan pembangunan & pengoperasian tahfiz kebajikan Al Islah.
4 tujuan utama untuk kami memohon sumbangan dana daripada tuan/puan:
- Pembayaran bil utiliti & kos operasi
- Kos keperluan harian anak-anak tahfiz, seperti makanan, minuman
- Kos pembayaran guru-guru terlatih untuk datang mengajar para pelajar tahfiz kami
- Kos menyediakan kemudahan untuk keselesaan pelajar, seperti perabot, meja belajar
BERAPA YANG DIPERLUKAN ?
Pihak Tahfiz memerlukan sebanyak RM 150,000 setiap bulan bagi menanggung kos pengurusan operasi 9 cawangan Tahfiz ini yang perlu dibayar bagi keberlansungan penjagaan & pendidikan.
+ Pembayaran bil utiliti & kos operasi (RM40,000)
+ Kos keperluan harian anak-anak tahfiz, seperti makanan, minuman (RM35,000)
+ Kos pembayaran guru-guru terlatih untuk datang mengajar para pelajar tahfiz kami (RM65,000)
+ Kos menyediakan kemudahan untuk keselesaan pelajar, seperti perabot, meja belajar (RM10,000)
**Kos di atas adalah anggaran dana yang diperlukan
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU ?
Kami mencari 1,500 para dermawan yang sudi menginfaqkan RM100 (RM25/seminggu) setiap bulan bagi melancarkan perancangan & operasi tahfiz-tahfiz kebajikan ini.
Untuk memudahkan tuan/puan menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:
1. PAKEJ INFAQ PLATINUM- RM 300
3. PAKEJ INFAQ SILVER - RM 100 4. PAKEJ INFAQ BRONZE - RM 25 5. PAKEJ INFAQ SEIKHLAS HATI - RM 10 |
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”. ( Surah Al-Baqarah Ayat 261 ) |
JANGAN TINGGALKAN MEREKA TUAN/PUAN...
Kami ke arah membimbing mereka semua untuk menjadi Al Hafiz penghafaz Al Quran.
Mungkin kerana mereka asbab kita sama-sama ditarik masuk ke syurga bersama-sama mereka.. Amiin..
Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini. Amiin Ya Rabb..
Penafian:
1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 016-2600098 (USTAZ SAIFUL)