Akaun akademitahfiz.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Rebut Pahala Bersedekah Pada 10 Terakhir Ramadan.
Jika Sedekah Anda Terkena Pada Malam Lailatul Qadar,
Pahalanya Umpama Pahala Sedekah 1,000 Bulan!


 INI AMALAN PALING SENANG UNTUK DAPAT PAHALA
BERGANDA-GANDA DI BULAN RAMADAN..


Amalan yang paling senang untuk dapat pahala berganda-ganda di bulan Ramadan adalah.. menaja orang berpuasa berbuka puasa.


Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.”
(HR at-Tirmizi)


Tuan/puan yang dikasihi..

Jika kita ada kekangan waktu di bulan Ramadan ini untuk membaca Al Quran & buat solat terawikh.. sekurang-kurangnya JANGANLAH tinggalkan amalan bersedekah untuk orang berbuka puasa.


Ini antara amalan paling senang untuk mendapat pahala yang banyak di bulan Ramadan!


Bayangkan anda menaja 10 orang berbuka, anda mendapat pahala puasa sendiri + 10 pahala orang lain berpuasa, SETIAP HARI!


 JEMPUTAN MENAJA BERBUKA PUASA ANAK-ANAK TAHFIZ & ASNAF

ANJURAN:

 

Dengan kerjasama Pertubuhan Sayang Al Quran    


Pihak kami menjemput anda menjadi salah seorang penaja program 'kem ibadat Madrasah Ramadan' kami pada tahun ini.


Program Madrasah Ramadan ini bertujuan untuk mengimarahkan ibadat di bulan Ramadan, dengan 50 pelajar-pelajar tahfiz Al Islah sebagai peserta di 3 tempat, iaitu Putrajaya, Southville & Desa Putra.


Antara aktiviti kem ibadat Madrasah Ramadan ini adalah:
1) Berbuka puasa & bersahur bersama-sama
2) Qiamullail setiap hari
3) Tadarus Al Quran setiap hari
4)  Solat berjemaah setiap waktu
5) Hafazan Quran setiap hari
6) Majlis tahlil setiap malam Khamis









 BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU ?         

Untuk menjayakan kem ibadat ini, kami memerlukan sumbangan dari tuan/puan yang dermawan untuk menampung kos yang terlibat, iaitu:
Kos tempahan makanan untuk berbuka puasa & bersahur

(termasuk kos menyediakan makanan, pengurusan & lojistik)


“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.  (HR. Tirmidzi)"



 

Kami memerlukan RM2,500 setiap hari untuk menyediakan berbuka puasa dan sahur kepada 50 pelajar tahfiz yang menyertai program Madrasah Ramadan ini.

Oleh itu, kami mencari para dermawan yang sudi bersedekah RM50 bagi menampung kos berbuka & sahur untuk para pelajar tahfiz, asnaf & anak yatim yang menyertai kem Madrasah Ramadan.


Hanya sedekah serendah RM50 sahaja dari gaji setahun anda, untuk mendapat ganjaran pahala berganda-ganda sempena Ramadan.
Adakah nilai RM50 ini masih begitu tinggi dibandingkan dengan ganjaran yang bakal diperolehi?


Anda bukan hanya mendapat pahala puasa mereka, insha Allah asbab anda bersedekah ini, pahala mereka menghidupkan ibadah di bulan Ramadan, membaca Al-quran, berzikir, solat sunat dan amalan lain turut mengalir pada anda. Amiin..

Ramadan masih berbaki kurang 17 hari lagi.. Rebutlah peluang sedekah Ramadan ini sebagai bekalan kita di sana.



Akademi Tahfiz Al Islah & Pertubuhan Sayang Al Quran adalah penganjur utama Konvensyen Islamik Digital (KID)  2021 baru-baru ini.

Akademi Tahfiz Al Islah  berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM (No Pendaftaran: TR0232151-A) dan JAWI (Kod JAKIM: WZH011D) . Jadi, tiada isu mengenai kesahihan pertubuhan kami.


Alhamdulillah, tahun ini kita masih sempat bertemu Ramadan.
Tahun depan belum pasti kita masih sempat bertemu Ramadan.
Ambil peluang Ramadan tahun ini sebaik mungkin untuk tambahkan saham akhirat kita.


 PAKEJ TAJAAN BERBUKA PUASA       


Untuk memudahkan tuan/puan menghulurkan sumbangan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah: 



PAKEJ 1: TAJA BERBUKA 1 TAHFIZ - RM 2,500

 PAKEJ 2: TAJA BERBUKA, SAHUR & MOREH - RM 150

  PAKEJ 3: TAJA BERBUKA & SAHUR - RM 80

 PAKEJ 4: TAJA BERBUKA SAHAJA - RM 50

PAKEJ 5: INFAQ SEIKHLAS HATI - RM 10

Riak kegembiraan anak-anak tahfiz dapat menjamu selera hidangan yang jarang dapat dinikmati.

Nikmat rezeki yang dikongsi bersama hasil sumbangan tuan/puan.


“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )


Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini. Amiin Ya Rabb..


Penafian: 

1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD.   Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.                                                     
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.  
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : 016-2600098  (USTAZ SAIFUL)