Akaun akademitahfiz.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

RAYUAN SUMBANGAN MENGURUS OPERASI TAHFIZ-TAHFIZ KEBAJIKAN AL ISLAH



"Bagi mereka, kami bukan hanya tempat bergantung.. tetapi kami juga 'tongkat penyelamat' untuk mendapat pertolongan ketika musibah melanda.."


 KISAH ANAK TAHFIZ KEBAJIKAN.. 



Syah adalah salah seorang pelajar tahfiz kami di Tahfiz Kebajikan As Siddiq (Telok Panglima Garang).


Keluarganya diuji dengan ujian kemiskinan, tuan/puan.. Ibunya adalah seorang single mother, dengan pendapatan yang tidak menentu setiap bulan.


Ibunya terpaksa bekerja di 3 tempat setiap sehari demi untuk membeli bekalan makanan setiap hari untuk keluarga.

Lebih menyayat hati, abang kepada Syah adalah seorang penghidap autism..


Alhamdulillah, tahun lepas mereka adik-beradik dirujuk ke tahfiz kebajikan kami.

Dan sekarang.. makan, pakai serta pengajian mereka 100% ditanggung oleh Akademi Tahfiz Al Islah melalui sumbangan derma orang ramai.

Kami ambil mereka.. kami berikan mereka tempat tinggal percuma. Kami bagi mereka pendidikan percuma.

Untuk info tuan/puan, tahfiz- tahfiz di bawah Akademi Tahfiz Al Islah adalah berkonsepkan "tahfiz kebajikan". Di mana, pelajar diberi penginapan & pengajian Al Quran secara PERCUMA tanpa yuran sesen pun


 Dari tak pandai solat, kami bantu sehingga boleh menjadi imam.



 Dari yang tidak pandai membaca Quran, kami ajarkan sehingga mampu menghafaz juzuk-juzuk Quran. Alhamdulillah..



 Bukan itu sahaja.. kami juga jaga anak-anak tahfiz ini seperti anak kami sendiri. Dengan pelbagai kos yang terlibat..


Baru-baru ini, Syah mendapat musibah patah tangan sehingga perlu dibedah untuk dimasukkan plat besi.. Alhamdulillah segala kos ditanggung oleh pihak tahfiz sendiri tanpa perlu susahkan ibunya.. 

  


INI BUKAN KISAH DONGENG TUAN/PUAN.. INI KISAH REALITI YANG BERLAKU DI SEKITAR KITA..


Sama ada kita buka mata & memerhati… atau kita dah sangat selesa dengan keadaan kita sekarang tanpa ambil peduli persekitaran.


  • Sangat banyak keluarga seperti keluarga Syah yang memerlukan pertolongan untuk teruskan hidup hari-hari..
  • Sangat banyak anak-anak muslim yang terabai pendidikannya..
  • Sangat banyak anak-anak asnaf yang terabai agamanya..


Atas kesedaran inilah, misi terbesar Akademi Tahfiz Al Islah adalah memastikan golongan anak asnaf diberi perlindungan dan tidak ketinggalan dalam pendidikan seperti anak-anak yang lain.


Kami tidak mahu melihat anak-anak asnaf ini rosak masa depannya hanya kerana mereka tidak bernasib baik  seperti anak-anak lain. Mereka ini anak-anak muslim tuan/puan.. kami mengambil tanggungjawab ini untuk membentuk mereka menjadi muslim yang berguna pada agama & negara.




 PERJUANGAN KAMI.. 
Matlamat kami jelas.. tetapi sumber dana kami amat TERHAD...

Akademi Tahfiz Al Islah  adalah satu badan amal yang ditubuhkan khas untuk membantu pusat-pusat tahfiz & rumah kebajikan. Akademi Tahfiz Al Islah  berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM (No Pendaftaran: TR0232151-A) dan JAWI (Kod JAKIM: WZH011D) .


Anak yatim/ anak asnaf yang ditempatkan di Tahfiz Kebajikan kami diberi penginapan secara percuma dan diberikan pendidikan juga secara percuma melalui penerapan nilai kerohanian, fardhu ain, dan cintakan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

 









KEPERLUAN MENDESAK KAMI.. 

COVID-19 MEMBUATKAN SUMBER PENDAPATAN KAMI TERJEJAS TERUK..



Sebelum COVID-19, kami mengadakan pelbagai program berbayar untuk orang ramai. Alhamdulillah, program-program kami mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Selain itu, kami juga melakukan jualan produk di ceramah-ceramah. 


Hasil kutipan daripada sumber-sumber ini membolehkan kami membiayai kos pengurusan para pelajar tahfiz kebajikan tanpa perlu bergantung kepada sumbangan orang ramai sepenuhnya.


Malangnya oleh kerana wabak COVID19, banyak program kami terpaksa dibatalkan dan kami kehilangan salah satu sumber kewangan utama kami..

 



 RAYUAN SUMBANGAN DANA PENGURUSAN TAHFIZ KEBAJIKAN

Sehingga kini Akademi Tahfiz Al Islah sedang membangunkan dan mengurus 10 buah tahfiz kebajikan di seluruh negara, iaitu:


  1. Maahad Tahfiz Hayatul Muslim (Negeri Sembilan)

  2. Akademi Tahfiz An Naser (Kota Bharu)

  3. Akademi Tahfiz As Siddiq (Telok Panglima Garang, Banting)

  4. Baitul Islah Lil Bannat (Desa Pinggiran Putra, Putrajaya)

  5. Akademi Tahfiz MyQuran Al Falah (Batu Pahat, Johor)

  6. Projek Tahfiz Al Islah (Gombak Selangor)

  7. Projek Tahfiz Kompleks IMAM (Teluk Intan, Perak)

  8. Projek Tahfiz International (Pokok Sena, Kedah)

  9. Projek Tahfiz Al-Insan (Pahang)
  10. Akademi Tahfiz Ar Razali (Pahang)

 

Memandangkan Akademi Tahfiz Al Islah bergerak atas badan amal, tanpa menerima peruntukan dari pihak kerajaan, dana utama kami adalah daripada sumbangan ikhlas para dermawan seperti anda.

 

Daripada sumbangan tuan/puan inilah pihak tahfiz akan membahagikan dana tersebut kepada 9 cawangan untuk meneruskan pembangunan & pengoperasian tahfiz kebajikan Al Islah.


4 tujuan utama untuk kami memohon sumbangan dana daripada tuan/puan:

  1. Pembayaran bil utiliti & kos operasi

  2. Kos keperluan harian anak-anak tahfiz, seperti makanan, minuman

  3. Kos pembayaran guru-guru terlatih untuk datang mengajar para pelajar tahfiz kami

  4. Kos menyediakan kemudahan untuk keselesaan pelajar, seperti perabot, meja belajar


 BERAPA YANG DIPERLUKAN ? 


Pihak Tahfiz memerlukan sebanyak RM 150,000 setiap bulan bagi menanggung kos pengurusan operasi 9 cawangan Tahfiz ini yang perlu dibayar bagi keberlansungan penjagaan & pendidikan.


KE MANA SUMBANGAN ANDA PERGI?

Pecahan dana adalah seperti berikut :  

+ Pembayaran bil utiliti & kos operasi (RM40,000)

+ Kos keperluan harian anak-anak tahfiz, seperti makanan, minuman (RM35,000)

+ Kos pembayaran guru-guru terlatih untuk datang mengajar para pelajar tahfiz kami (RM65,000)

+ Kos menyediakan kemudahan untuk keselesaan pelajar, seperti perabot, meja belajar (RM10,000)

**Kos di atas adalah anggaran dana yang diperlukan


 BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU ?         

 

Kami mencari 1,500 para dermawan yang sudi menginfaqkan RM100 (RM25/seminggu) setiap bulan bagi melancarkan perancangan & operasi tahfiz-tahfiz kebajikan ini.


Nilai RM25 ini mungkin hanya harga satu hidangan pada tuan/puan, tetapi nilainya amatlah besar pada kami, untuk meneruskan pengurusan tahfiz-tahfiz kebajikan ini.

Untuk memudahkan tuan/puan menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:

 

1. PAKEJ INFAQ PLATINUM- RM 300


2. PAKEJ INFAQ GOLD - RM 200


3. PAKEJ INFAQ SILVER - RM 100

4. PAKEJ INFAQ BRONZE - RM 25

5. PAKEJ INFAQ SEIKHLAS HATI - RM 10



“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

 JANGAN ABAIKAN MEREKA TUAN/PUAN...


Kami ke arah membimbing mereka semua untuk menjadi Al Hafiz penghafaz Al Quran.
Mungkin kerana mereka asbab kita sama-sama ditarik masuk ke syurga bersama-sama mereka.. Amiin..

Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini. Amiin Ya Rabb..



Penafian: 

1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD.   Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.                                                     
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.  
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : 016-2600098  (USTAZ SAIFUL)