Akaun akademitahfiz.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

RAYUAN INFAQ PEMBINAAN BANGUNAN PENDIDIKAN 2 TINGKAT AKADEMI TAHFIZ AS SIDDIQ

"KEMPEN INFAQ PEMBIAYAAN BANGUNAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK ASNAF & YATIM"


Bantu kami menyediakan pendidikan sempurna kepada anak-anak asnaf & yatim..


 PENGENALAN

Antara misi terbesar Akademi Tahfiz As Siddiq adalah memastikan golongan anak asnaf diberi perlindungan dan tidak ketinggalan dalam pendidikan seperti anak-anak yang lain. Kami tidak mahu melihat anak-anak asnaf ini rosak masa depannya hanya kerana mereka tidak bernasib baik untuk mempunyai akses kepada pendidikan seperti anak-anak lain.


Di mana fungsi kita sebagai saudara semuslim semasa anak-anak ini memerlukan bantuan kita?

Mereka tidak mengharapkan kemewahan, tetapi cukuplah kita berkongsi sedikit rezeki untuk sekurang-kurangnya menyediakan pusat pendidikan sempurna untuk mereka.. agar mereka menjadi menjadi seorang yang bermanfaat pada agama, ummah & negara.


Sabda nabi SAW yang bermaksud: "Sedekah itu menghapuskan dosa seperti air yang memadamkan api” -Riwayat Tirmidzi.

BANTU KAMI SELESAIKAN JIHAD INI..

RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBINAAN BANGUNAN PENDIDIKAN 2-TINGKAT AKADEMI TAHFIZ AS SIDDIQ (DI TELOK PANGLIMA GARANG)


Kami memohon sumbangan ikhlas tuan/puan bagi menjayakan pembangunan akademi tahfiz kami, iaitu Tahfiz Kebajikan As Siddiq di Telok Panglima Garang.  Sumbangan tuan/puan akan digunakan untuk membina 2-tingkat bangunan yang mempunyai asrama, dewan makan, surau dan kelas tahfiz untuk pelajar asnaf serta golongan tua.


100% KEPERLUAN ANAK -ANAK TAHFIZ INI KAMI TANGGUNG.
Alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai, anak yatim/ anak asnaf yang ditempatkan di Tahfiz Kebajikan As Siddiq ini diberi 
penginapan secara percuma dan diberikan pendidikan juga secara percuma melalui penerapan nilai kerohanian, fardhu ain, dan cintakan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Pembinaan yang tertangguh akibat kekurangan dana

Pembinaan yang tertangguh akibat kekurangan dana

Keperluan untuk mempunyai asrama yang selesa untuk para pelajar

Keperluan mendesak untuk mempunyai kelas-kelas belajar yang selesa untuk para pelajar di sini.

Keadaan ruang makan sekarang untuk pelajar tahfiz As Siddiq



 MAKLUMAT PROJEK

Lokasi: Lot 3635, Jalan Masjid, Kampung Batu 9 Kebun Baru,
42500 Telok Panglima Garang, Selangor
Keluasan Tanah: 3.2 ekar
Cadangan Pembinaan: Bangunan 2-tingkat yang mempunyai:

✔️ Asrama ✔️ Surau ✔️ Dewan Makan ✔️ Pejabat Pengurusan ✔️ Kelas - Kelas Belajar


 PROGRESS BUAT MASA SEKARANG:

Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan awal pembersihan tanah dan penanaman cerucuk telah dijalankan hasil sumbangan pihak penderma sebelum ini.





 TETAPI KAMI MASIH KEKURANGAN DANA..

Memandangkan Akademi Tahfiz As Siddiq bergerak atas badan amal, tanpa menerima peruntukan dari pihak kerajaan, dana utama kami adalah daripada sumbangan ikhlas para dermawan seperti anda.


Oleh itu, kami sangat mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk berkongsi sedikit rezeki anda dengan kami untuk kita sama-sama membangunkan Bangunan Pendidikan 2-tingkat As Siddiq ini.


Mungkin pada anda, RM50 itu sedikit. Namun besar bagi kami untuk menjayakan projek ini..



BERAPAKAH DANA YANG DIPERLUKAN?


Anggaran kos yang diperlukan adalah sekitar RM1,500,000 untuk menampung beberapa kos seperti:

+ Kos Pembelian Bahan Binaan
+ Kos Upah Pertukangan
+ Kos Pembinaan Bangunan
+ Kos Pembelian Perabot dan Kelengkapan Dalam Bangunan

+ Kos Bil Utiliti, Pengurusan & Operasi Tahfiz


Insha Allah, apabila siap nanti, bangunan 2-Tingkat Tahfiz Kebajikan As Siddiq ini akan mempunyai:

  • Asrama penginapan
  • Surau
  • Dewan Makan
  • Pejabat Pengurusan
  • Bilik-bilik kuliah belajar


Ayuh kita ambil peluang keemasan ini untuk merasai nikmat bersyukur dengan menjalankan tanggungjawab sebagai saudara Islam, dengan membantu pihak pengurusan sekolah menyediakan keperluan yang selesa dan selamat untuk anak-anak pelajar tahfiz ini.


Bayangkan betapa besar ganjaran pahala anda dapat kerana membantu melahirkan para huffaz Al Quran, dan pahalanya masih tetap mengalir walaupun anak tahfiz ini sudah dewasa.





 BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU ?         

 

"KEMPEN INFAQ PEMBIAYAAN BANGUNAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK ASNAF & YATIM"



Untuk memudahkan tuan/puan menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:

 

1. PAKEJ INFAQ PLATINUM- RM 300 

2. PAKEJ INFAQ GOLD - RM 200

 3. PAKEJ INFAQ SILVER - RM 100
 4. PAKEJ INFAQ BRONZE - RM 25
 5. PAKEJ INFAQ SEIKHLAS HATI - RM 10


"Wakafkan Atas Nama Anda & Ahli Keluarga Yang Lain, Insyaallah Berpanjangan Pahala Selamanya." 

BOLEH NIATKAN:
Sahaja aku berinfaq sebanyak RM... kerana Allah Ta'ala.


“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )



Terima kasih daripada kami atas sumbangan tuan/puan.
Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini. Amiin Ya Rabb..



Penafian: 

1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD.   Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.                                                     
2. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : 014-3921515  (USTAZ SAIFUL)