Akaun akademitahfiz.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

RAYUAN INFAQ UNTUK MEMBANGUNKAN DAN MENGURUS OPERASI TAHFIZ-TAHFIZ KEBAJIKAN AL ISLAH

"KEMPEN INFAQ RM25 SEORANG SETIAP MINGGU"


 PENGENALAN 



 

Dengan kerjasama Pertubuhan Sayang Al Quran    


Akademi Tahfiz Al Islah  adalah satu badan amal yang ditubuhkan khas untuk membantu pusat-pusat tahfiz & rumah kebajikan. Akademi Tahfiz Al Islah  berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM (No Pendaftaran: TR0232151-A) dan JAWI (Kod JAKIM: WZH011D) .


Salah satu program kebajikan kami adalah program Tahfiz Kebajikan, yang mana kami bekerjasama dengan NGO dan pihak individu untuk membangunkan serta mengurus operasi pusat tahfiz dan rumah kebajikan bagi golongan anak yatim/ anak asnaf di sekitar negara.


Anak yatim/ anak asnaf yang ditempatkan di Tahfiz Kebajikan ini diberi penginapan secara percuma dan diberikan pendidikan juga secara percuma melalui penerapan nilai kerohanian, fardhu ain, dan cintakan Al-Quran dalam kehidupan seharian.



 






 RAYUAN SUMBANGAN DANA

Sehingga kini Akademi Tahfiz Al Islah sedang membangunkan dan mengurus 9 buah tahfiz kebajikan di seluruh negara, iaitu:


  1. Maahad Tahfiz Hayatul Muslim (Negeri Sembilan)
  2. Akademi Tahfiz An Naser (Kota Bharu)
  3. Akademi Tahfiz As Siddiq (Telok Panglima Garang, Banting)
  4. Baitul Islah Lil Bannat (Desa Pinggiran Putra, Putrajaya)
  5. Akademi Tahfiz MyQuran Al Falah (Batu Pahat, Johor)
  6. Projek Tahfiz Al Islah (Gombak Selangor)
  7. Projek Tahfiz Kompleks IMAM (Teluk Intan, Perak)
  8. Projek Tahfiz International (Pokok Sena, Kedah)
  9. Projek Tahfiz Al-Insan (Pahang)

 

Memandangkan Akademi Tahfiz Al Islah bergerak atas badan amal, tanpa menerima peruntukan dari pihak kerajaan, dana utama kami adalah daripada sumbangan ikhlas para dermawan seperti anda.

 

Daripada sumbangan tuan/puan inilah pihak tahfiz akan membahagikan dana tersebut kepada 9 cawangan untuk meneruskan pembangunan & pengoperasian tahfiz kebajikan Al Islah.



KEPERLUAN MENDESAK KAMI.. 

COVID-19 MEMBUATKAN SUMBER PENDAPATAN KAMI TERJEJAS TERUK..


Sebelum COVID-19, kami mengadakan pelbagai program berbayar untuk orang ramai. Alhamdulillah, program-program kami mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Selain itu, kami juga melakukan jualan produk di ceramah-ceramah. 


Hasil kutipan daripada sumber-sumber ini membolehkan kami membiayai kos pendidikan para pelajar tanpa perlu bergantung kepada sumbangan orang ramai sepenuhnya.


Malangnya oleh kerana wabak COVID19, banyak program kami terpaksa dibatalkan dan kami kehilangan salah satu sumber kewangan utama kami.

 

3 tujuan utama untuk kami memohon sumbangan dana daripada tuan/puan:


1. Supaya kami boleh terus memberikan penginapan & pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar sedia ada

Akibat kekurangan dana, kami tidak mampu menampung kos untuk ramai pelajar. Malah, di salah sebuah cawangan kami, kami terpaksa 'memberi cuti' kepada hampir separuh daripada pelajar akibat kekurangan dana.


2. Membayar kos utiliti, sewa & kos operasi pengurusan
Pembayaran kos tetap bulanan di setiap cawangan tahfiz termasuklah bil api, bil air, sewa bangunan serta kos-kos operasi lain.


3. Menaiktaraf bangunan supaya para pelajar tahfiz belajar dengan lebih selesa
Pembinaan bangunan baru yang mempunyai fasiliti asrama, dewan makan, surau dan kelas belajar agar para pelajar kami menjalani kehidupan yang lebih selesa sepanjang mereka belajar di pusat-pusat tahfiz kami
.







Penyerahan plan projek fasa ke 2 Akademi Tahfiz As Siddiq Telok Panglima Garang untuk membina bangunan pendidikan anak-anak asnaf.


Fasa awal pembinaan bangunan telah dijalankan di tahfiz As Siddiq Telok Panglima Garang





 BERAPA YANG DIPERLUKAN ? 


Pihak Tahfiz memerlukan sebanyak RM 200,000 setiap bulan bagi menanggung kos keseluruhan pembinaan & pengurusan operasi 9 cawangan Tahfiz yang perlu dibayar bagi keberlansungan pendidikan.


Pecahan dana adalah seperti berikut :  

+ Kos  tetap kebajikan, pengurusan dan operasi khusus Tahfiz  (RM75,000.00) 

+ Kos utiliti, sewa dan keperluan asas harian pelajar (RM25,000.00)

Kos meneruskan pembangunan & naiktaraf fasiliti  (RM100,000.00) 


**Kos di atas adalah anggaran dana yang diperlukan


 BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU ?         

 

"KEMPEN INFAQ RM25 SEORANG SETIAP MINGGU"


Kami mencari 2,000 para dermawan yang sudi menginfaqkan RM100 (RM25/seminggu) setiap bulan bagi melancarkan perancangan & operasi tahfiz-tahfiz kebajikan ini.


Untuk memudahkan tuan/puan menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:

 

1. PAKEJ INFAQ PLATINUM- RM 300 

2. PAKEJ INFAQ GOLD - RM 200

 3. PAKEJ INFAQ SILVER - RM 100
 4. PAKEJ INFAQ BRONZE - RM 25
 5. PAKEJ INFAQ SEIKHLAS HATI - RM 10


“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )


Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini. Amiin Ya Rabb..

INFAQ ANDA BUKAN SAHAJA MEMBANTU MEREKA DI DUNIA..
TETAPI JUGA  MEMBANTU ANDA DI AKHIRAT.. INSHA ALLAH.


Penafian: 

1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD.   Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.                                                     
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.  
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : 016-2600098  (USTAZ SAIFUL)